Tuesday 28 February 2012

Diam itu Lebih Baik

Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.

DIAM ITU LEBIH BAIK.

Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.

Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.

Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?

Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?

Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."

Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?

Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.

Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.

Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.

Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.

Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.

Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.

Untuk Hawa..

Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.

Untuk Adam..

Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.

Bisik hatiku:

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...

Mencari seorang Imam buatmu Wanita Solehah

Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggamba rkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki 'berpengajian agama' itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh 'suai-kenal' atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan 'sepenuh ketaatan' kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.
MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara cara yang mungkin anda boleh gunakan adalah melalui perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada 'kewajipan' sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan 'tidak' kepada dia jika tidak kena caranya.
Cara berbincang ini , jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, cara perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.
ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal amalgam.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

Sunday 26 February 2012

Mencintai x semestinya memiliki

Jika anda mencintai seseorang,maka
Lepaskanlah dia……
Jika selepas itu dia kembali kepadamu,
Maka benarlah dia milikmu……
Jika tidak, dia tidak pernah menjadi
Milikmu dan Bukan ditakdirkan untuk
Bersamamu……

Berilah cinta tanpa meminta balasan
Dan kita akan menemui cinta yang
Jauh lebih indah

Aku mencintaimu kerana agama yang
Ada pada dirimu.Jika kau hilangkan
Agamamu  itu maka hilanglah cintaku
Padamu..

Terputus cinta memang menyedihkan
Harus diigat bahawa perpisahan itu
Ditentukan oleh jarak dan masa
Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan
Tidak kesampaian,anggaplah kesedihan
Itu seperti hujaj-walau lebat atau lama
Sekalipun pasti akan reda jua.

Cinta adalah keabadian ….dan
Kenangan adalah hal terindah yang
Pernah dialami

Jangan sesekali mengucapkan selamat
Tinggal jika kamu masih mahu mencuba
Jangan sesekali menyerah jika kamu
Masih berasa sanggup jangan sesekali
Menyatakan kamu tidak mencintainya lagi
Jika masih tidak dapat melupakannya.

Cinta dating kepada yang masih
Mempunyai harapan walaupun
Mereka telah dikecewakan
Kepada mereka yang masih
Ingin mencintai walaupun telah
Disakiti sebelumnya.Dan kepada
Mereka yang keberanian dan
Keyakinan untuk membina
Semua keryakinan.

Sungguh menyakitkan mencintai
Seseorang yang tidak memcintaimu
Tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
Seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
Keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Dekat membawa cinta
Jauh mengundang rindu
Andai cintamu tak kumiliki hari ini
Kuakan terus mengejar pada esok hari.

Jangan kau kira cinta datang dari
Keakraban yang lama dan pendekatan
Yang tekun,cinta adalah kesesuaian jiwwa
Dan jika itu tidak pernah ada,cinta tidak
Akan pernah tercipta dalam hitungan
Tahun bahkan abad

Salahlah bagi orang yang mengira
Bahawa cinta itu datang kerana
Pergaulan yang lama dan rayuan yang
Bertetusan.

Apa yang telah aku cintai laksana
Seorang anak yang tak henti-hentinya
Aku cintai.Dan,apa yang aku cintai kini
Akan aku cintai sampai akhir hidupku.
Sebabnya,cinta ialah semua yang dapat
Aku capai….dan tak ada yang akan
Mencabut diriku daripadanya,

Cinta mampu melunakkan besi,
Menghanhancurkan batu.membangkitkan
Yang mati dan melupakan kehidupan
Padanya,serta membuat hampa
Mampu menjadi pemimpin.Demikianlah
Hebatnya cinta !”

Cinta tidak menyedari kedalamnya
Tetapi terasa jika tiba saat perpisahan.
Dan saat tangan perempuan mereka berdua telah
Menyentuh hati keabadian.

Jangan menangis,kekasihku.Janganlah menangis
Bahkan berbahagialah.Sebabnya,kita telah diikat bersama
Dalam cinta.Hanya dengan Cinta yang indah kita dapat
Bertahan terhadap derita kemiskinan,pahitnya
Kesedihan,dan dukanya perpisahan.

Ketika Cinta memanggilmu maka dekatilah ia walau
Jalannya,curang berliku.Jika cinta memelukmu maka
Dakaplah ia walau pedang di sela-sela sayapnya melukaimu,

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan
Kekuatan .Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
Tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,
Tetapi membangkitkan semangat.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih
Emas,keruh menjadi bening,sakit menjadi sembuh,
Penjara menjadi telaga,derita menjadi nikmat dan
Kemarahan menjadi rahmat.

Jangan simpan kata-kata Cinta pada orang yang
Tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran
Akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata Cinta
Yang tersimpan di benakmu itu sekarang
Selagi ada hayatnya.

Siapapun pandai menghayati Cinta tapi tiada siapa
Yang pandai menilai Cinta kerana Cinta bukan objek
Yang boleh dilihat oleh mata kasar.Sebaliknya Cinta
Hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana,seperti
Kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang
Menjadikan abu.Aku ingin mencintaimu dengan
Sederhana,seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan
Awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.

Cinta tak begitu indah bagiku……
Pada saat Cinta menuntut segalanya tentang
Hidupku
Ketika merasakan indahnya Cinta,yang  LOVE is the
Beautiful pain.

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan Fitrah Insani
Dan dimana terciptanya Cinta
Disitu Rindi bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Ia diberi sepenuh rela
Muhasabah diri
Biar pun sengsara
Berkorban segaja-galanya……

Jiwang ialah suatu cerita tentang cetita-cerita
Kadang-kadang ada bahagia
Kadang-kadang ada juga derita dan duka
Maka…..haruslah dia dijaga dengan sepenuh hati
Dan janganlah lepaskan dia pergi begitu saja……

Aku sungguh masih sayang padamu
Jangan sampai kau meninggalkan aku
Begitu sangat berharga dirimu Bagiku….
Kanku pasti kau saja dihatiku
Kanku korbankan semuanya untukmu
Sungguh ku berharap kau pun begitu
Padaku

Pulanglah oh kasihku
Ku merayu kepadamu
Janganlah diturutkan
Mainan perasaanmu
Serikanlah duniaku yang semakin gersang kan tandus
Dengan belaian senda gurauanmu
Duhai sayang

Akan ku pertahankan Cinta ini
Demi kesetiaanku padamu
Akanku tempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah jajiku ini

Walauku tahu bahwa dirimu
Sudah ada yang punya
Namun kan ku tunggu
Sampai kau mahu…….

Jangan-jangan kau menolak Cintaku
Jangan-jangan kau ragukan hatiku
Ku kan selalu setia menuggu
Untuk jadi kekasihmu….

Jangan-jangan kau tak kerna Cintaku
Jangan-jangan kau hiraukan kekasihmu
Putuskanlah saja kekasihmu
Lalu bilang I LOVE YOU,padaku……

Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati